Dunia

Tiada perdamaian selagi Israel jajah Baitulmaqdis!

Rakyat Palestin mahukan masa depan tanpa pencerobohan dan keganasan

RAMALLAH, 1 Syawal 1442H, Khamis – Tidak akan ada perdamaian, keamanan dan kestabilan di Baitulmaqdis tanpa pembebasan seluruh bandar itu daripada penjajahan pengganas Israel. 

Demikian tegas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menyifatkan wilayah Baitulmaqdis dijajah sebagai garis merah.

Abbas dalam ucapan disiarkan di televisyen semalam berkata, rakyat Palestin mahukan masa depan tanpa pencerobohan dan penjajahan. 

“Kita terus bertindak dan berusaha menghentikan pencerobohan biadab terhadap rakyat kami di Baitulmaqdis, Gaza dan Tebing Barat,” katanya.

Abbas berkata, kepimpinan Palestin juga berhubung dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk mengakhiri serangan ke atas Gaza.

“Kami tidak akan meninggalkan negara kami. Tamatkan penjajahan kamu di negara kami hari ini, bukan esok,” tegas Abbas memberi amaran kepada rejim Israel. 

Israel terus menyasarkan Gaza dengan serangan pengeboman berat, menjadikan jumlah kematian di wilayah itu mencecah 65 orang dengan 365 yang lain cedera, selain kerosakan teruk pada kawasan perumahan di seluruh bandar berkenaan.-   Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button