Dunia

Berlagak mangsa! Israel terdesak sebar video propaganda konon diserang

Ketegangan tercetus selepas keluarga Palestin di Sheikh Jarrah diusir

RAMALLAH, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Berlagak seperti mangsa! Itulah tindakan yang cuba ditonjolkan rejim penjajah Israel ketika ini, meskipun Tel Aviv kini sudah membunuh 103 nyawa Palestin di Semenanjung Gaza. 

Sejak malam tadi, tentera pengganas Israel memuat naik video propaganda di Twitter yang ditujukan kepada masyarakat Barat, kononnya mereka adalah mangsa keganasan. 

Video itu mendakwa Israel ‘diserang’ dan mahu Barat membandingkan serangan yang pernah berlaku di London, Paris dan Washington. 

“Bagaimana jika (situasi) ini di Paris, Washington dan London?,” tulis Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang dilihat cuba meraih simpati dan perhatian Barat. 

Ciapan di Twitter itu disertakan dengan muzik dramatik dan rakaman di Ashkelon, Tel Aviv, Baitulmaqdis dan seluruh Israel yang didakwanya diserang. 

IMG_3612

Ketegangan tercetus di Baitulmaqdis susulan pengusiran keluarga Palestin di Sheikh Jarrah yang didakwa penjajah Israel sebagai usaha untuk menjaga identiti Yahudi Baitulmaqdis. 

Susulan itu, tentera Israel mula melancarkan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa ketika mana jemaah Palestin sedang menunaikan solat tarawih melalui tembakan peluru getah dan gas pemedih mata. 

Ketegangan semakin meningkat, apabila tentera pengganas Israeel melancarkan pula serangan udara di Gaza yang membunuh 103 rakyat Palestin, termasuk 27 kanak-kanak dan 11 wanita.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button