Berita Utama

Boikot Waze! Ayuh jatuhkan ekonomi Israel

Aplikasi digunakan negara haram bagi akses peta Palestin

BANGI, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) melancarkan kempen boikot aplikasi panduan arah dan navigasi Waze – usaha bagi menjatuhkan ekonomi negara pengganas Israel.

Menerusi video pendek berdurasi 34 saat yang dimuat naik di akaun Twitter, PEMBINA memberikan empat sebab mengapa aplikasi Waze perlu diboikot serta merta.

Antaranya aplikasi panduan arah dan navigasi itu diasaskan oleh pengatur cara Israel dikenali sebagai Ehud Shabtai serta digunakan oleh Israel bagi mengakses peta Palestin.

Waze juga telah berkembang dengan mencapai seramai 140 juta pengguna aktif bulanan bahkan mengaut keuntungan sebanyak AS$37 juta setahun.

Presiden PEMBINA, Wafiq Azman menjelaskan, objektif kempen boikot itu bagi memberi mesej kekuatan umat Islam kepada Zionis Israel.

“Selain itu, memberi ruang untuk umat Islam sumbang solidariti bagi memberi kesan kepada Zionis melalui usaha boikot.

“Sedarkan umat Islam juga bahawa kita perlu bina kekuatan untuk bina alternatif. Dalam isu ini ialah alternatif Waze,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Dengan slogan poster ‘Koyakkan Israel’ PEMBINA secara mudah menerangkan langkah-langkah melaksanakan boikot itu iaitu:

1) Menilai satu bintang sebelum nyahpasang

2) Nyahpasang

3) Sebarkan poster tersebut untuk umat Islam yang lain.

Sehingga jam 5.00 petang tadi, ciapan PEMBINA mengenai kempen itu menerima 3,042 perkongsian (retweet) dan 2,328 tanda suka.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button