Dunia

Korban darah di Gaza kini 103 orang

Serangan terbesar Zionis jam 2 pagi gegarkan bangunan

BAITULMAQDIS, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Dalam keadaan umat Islam seluruh dunia gembira meraikan sambutan Hari Raya Aidilftri, rakyat Palestin terus bermandi darah akibat serangan berterusan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Khamis, serangan ganas Israel di wilayah itu kini sudah mengorbankan 103 orang.

Jumlah kematian terbaharu itu termasuk 27 kanak-kanak dan 11 wanita, sementara 580 yang lain dilaporkan cedera setakat ini, kata kementerian. 

Malah, Gaza awal hari ini terus menerima serangan udara dari Israel dengan satu letupan besar berlaku sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, sehingga menggegarkan bangunan-bangunan di sekitarnya. 

Ketegangan semakin meningkat sejak sebuah mahkamah Israel minggu lalu memerintahkan pengusiran keluarga Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Israel menjajah Baitulmaqdis Timur ketika perang Arab-Israel 1967 dan merampas seluruh bandar pada tahun 1980, di mana perbuatan itu tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button