Dunia

Lubnan tembak 3 roket ke Israel

Roket mendarat di laut kawasan Galilee, siren amaran tak diaktifkan

TEL AVIV, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan tiga roket dari Lubnan ditembak ke utara Israel pada lewat semalam. 

Dalam satu kenyataan, IDF mendakwa, roket berkenaan mendarat di laut kawasan Galilee. Bagaimanapun, siren amaran tidak diaktifkan. 

Terdahulu, laman web berita Lebanon 24 yang memetik sumber keselamatan negara mendakwa, roket itu ditembak dari sebuah kawasan di selatan Lubnan dan mendarat berhampiran perbandaran Shlomi dan Nahariya. 

Sementara itu, jurucakap Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Andrea Tennet meminta semua pihak menahan diri dan bekerjasama dengan agensi itu untuk mengelakkan peningkatan serangan berlaku. 

“UNIFIL bekerjasama dengan Angkatan Bersenjata Lubnan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan itu,” kata Tennet.

Perkembangan dari Lubnan berlaku di tengah ketegangan serangan tentera pengganas Israel di Gaza sejak Isnin lalu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button