Dunia

Perancis larang demontrasi pro-Palestin

Menteri dakwa enggan kejadian rusuhan pada Julai 2014 berulang

PARIS, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Perancis melarang demontrasi pro-Palestin di tengah-tengah peningkatan keganasan di wilayah itu, kononnya dalam usaha untuk mengelakkan pertempuran dan rusuhan yang berlaku sebelum ini di Paris berulang. 

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, pihaknya telah mengarahkan polis Paris untuk melarang sebarang demontrasi yang dirancang Sabtu lalu.

“Gangguan serius terhadap ketenteraman awam telah dimaklumkan sejak tahun 2014. Arahan telah dikeluarkan supaya semua waspada dan mengambil serius,” katanya di Twitter. 

Sebelum ini, pentadbiran bekas Presiden Francois Hollande juga melarang demontrasi untuk menyokong Palestin pada tahun 2015, di mana ia menjadi satu-satunya negara Eropah utama yang melakukan sekatan itu atas alasan mengancam ketenteraman awam. 

Tindakan itu susulan setelah demontrasi pada Julai 2014 di Paris terhadap pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza yang berubah menjadi pertembungan antara pro-Palestin dan kumpulan Yahudi sehingga mengakibatkan rusuhan serta pertempuran dengan pasukan polis. 

Kenyataan Darmanin dibuat berikutan pembatalan perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh Persatuan Solidariti Palestin Perancis (AFPS) pada Rabu lalu.

Polis Paris menolak kebenaran untuk mengadakan demontrasi yang akan dihadiri oleh tiga anggota Parlimen. 

Difahamkan, presiden persatuan itu, Bertrand Heilbronn, 71, turut ditahan di Kementerian Luar sebaik dipanggil mengadakan pertemuan.

Bagaimanapun, Heilbronn dibebaskan tidak lama selepas itu berikutan kemarahan oleh aktivis.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button