Berita UtamaDunia

Rejim Zionis terus serang Gaza, 119 nyawa terkorban

Pengganas Israel lancarkan serangan udara selepas dua jam berhenti

BAITULMAQDIS, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Serangan negara pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung telah mengorbankan 10 lagi rakyat Palestin pada hari ini menjadikan angka kematian meningkat kepada 119 orang.

Kementerian Kesihatan Gaza yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, kematian tersebut termasuk 31 kanak-kanak dan 19 wanita.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, jumlah yang cedera meningkat kepada 830 orang.

Pesawat perang Israel pada hari Jumaat meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza yang dikepung selepas berhenti selama dua jam.

Pada serangan awal pagi waktu tempatan, jet pejuang mensasarkan beberapa tempat, termasuk bengkel besi yang terletak di kejiranan Zaitun di Gaza.

Keadaan semakin tegang di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur dan di Masjid Al-Aqsa serta Gerbang Damsyik sejak awal bulan Ramadan ekoran tindakan tentera Israel dan penduduk haram Yahudi yang menyerang penduduk Palestin.

Bahkan ketegangan di Baitulmaqdis Timur berpindah ke Gaza selepas gerakan penentangan Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah sekiranya mereka tidak berhenti.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur – di mana terletaknya Al-Aqsa – ketika perang Arab-Israel 1967.

Negara pengganas itu menjarah seluruh bandar pada tahun 1980 dalam gerakan yang tidak pernah diakui oleh komuniti antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button