Dunia

Israel perlu bertanggungjawab serangan berterusan ke Gaza: Hamas

Hamas ikrar akan terus pertahankan rakyat, elak kekejaman sama berulang

GAZA, 3 Syawal 1442H, Sabtu – Israel perlu bertanggungjawab atas tindakan menyerang orang awam di Gaza, kata pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), hari ini.

Ismail Haniyeh dalam kenyataan berkata, serangan terhadap kem pelarian Al-Shati awal hari ini adalah rentetan daripada kekejaman Zionis di kawasan milik Palestin.

Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban termasuk lapan kanak-kanak selepas pesawat Israel mengebom rumah di kawasan pelarian yang terletak di barat Gaza.

Ismail berkata, kekejaman pengganas Israel di Gaza mendedahkan betapa gagalnya pihak musuh, selain dilema dihadapi akibat daripada tentangan hebat yang diterima.

Pada masa sama, beliau berikrar pasukan keselamatan Palestin akan terus mempertahankan nasib rakyat dan mengalahkan lawan demi mengelak kekejaman berulang.

Kemas kini terbaharu, angka kematian serangan rejim kini meningkat kepada 139 orang, termasuk 39 kanak-kanak dan 22 wanita, selain 950 yang lain cedera.

Dalam serangan di kem pelarian Al-Shati, media melaporkan lapan kanak-kanak dan dua wanita terbunuh.

Satu-satunya mangsa yang dilaporkan selamat adalah bayi berusia dua bulan, kata pihak berkuasa kesihatan di Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button