Dunia

5 lagi kanak-kanak mangsa serangan bom pengganas Israel

Rumah keluarga Abu Hatab di kem pelarian Al-Shati musnah

GAZA, 3 Syawal 1442H, Sabtu – Tujuh lagi orang awam, termasuk lima kanak-kanak terbunuh dalam serangan bertubi-tubi pengganas Israel di Semenanjung Gaza, awal hari ini.

Serangan itu turut menyebabkan beberapa penduduk lain cedera ketika pesawat perang rejim penjajah mengebom dan menghancurkan sebuah rumah di barat Gaza. 

Saksi kejadian berkata, mangsa dibawa ke hospital Shifa selepas sebuah rumah milik keluarga Abu Hatab di kem pelarian Al-Shati dibom. 

Menurutnya, pencarian bagi mengesan mangsa hilang di bawah runtuhan masih diteruskan. 

Serangan pengeboman terbaharu itu menyebabkan angka kematian sejak serangan rejim Israel pada Isnin mencecah 133 orang, kata Kementerian Kesihata Gaza.

Angka itu meliputi 36 kanak-kanak dan 20 wanita, sementara jumlah mangsa cedera meningkat kepada 950 orang, kata kementerian dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, pihak berkuasa Lubnan turut mengumumkan kematian seorang rakyatnya yang terbunuh akibat ditembak Israel. 

Ini susulan rejim menyasarkan kumpulan penunjuk perasaan di sepanjang pagar keselamatan di selatan negara itu. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button