Berita Utama

Facebook, Israel bekerjasama wujud laman ‘palsu’ sokongan netizen?

Ramai marah, dakwa tersenarai sebagai pengikut tanpa keizinan

BANGI, 3 Syawal 1442H, Sabtu – Bukan hanya terdesak cuba menggambarkan diri sebagai mangsa keadaan melalui propaganda di media sosial, pengganas Israel juga ‘gigih’ bekerjasama dengan Facebook demi meraih sokongan.

Terbaharu, tular satu laman Facebook yang dinamakan ‘Jerusalem Prayer Team’ didakwa diwujudkan demi meraih sokongan ke atas puak penjajah itu.

Apa yang mengejutkan, laman yang baru sahaja diwujudkan itu sudah mendapat lebih 70 juta pengikut, yang didakwa dibuat secara automatik tanpa kebenaran pemilik akaun.

Ini kerana, beberapa pengguna media sosial mendedahkan bahawa terdapat senarai akaun mereka dan rakan Facebook lain sebagai pengikut, sedangkan tidak pernah menekan butang ‘suka’ atau ‘follow’ pada laman berkenaan.

“Facebook telah dengan cara kotor membuat satu page menyokong Israel Jerusalem Prayer Team dan secara automatik memberikan lebih 70 juta followers kepada page tersebut tanpa keizinan termasuk saya sendiri dan beberapa rakan lain,” tulis Faiq Khalifa.

Bukan hanya dirinya, pemilik akaun terbabit turut mendakwa beberapa rakan serta kakaknya juga tersenarai sebagai pengikut.

Turut berkongsi perkara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar turut meminta orang ramai, terutama umat Islam menyemak semula laman Facebook berkenaan.

“Sila periksa jika anda tiba-tiba telah ‘like’ page ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button