Dunia

Gaza terus diserang, korban semasa cecah 139 orang

Pesawat Zionis sasar bahagian utara, selatan, bom rumah sama untuk kali kedua

GAZA, 3 Syawal 1442H, Sabtu – Pesawat perang dan unit artileri pengganas Israel terus melancarkan serangan ke atas Gaza hari ini, meskipun seluruh masyarakat dunia mendesak tindakan itu dihentikan.

Agensi berita Anadolu yang memetik sumber berkata, pesawat perang Israel mengebom bahagian utara dan selatan Gaza, menyasarkan kumpulan pejuang Palestin serta sebuah rumah di utara.

Di selatan, sebuah rumah yang pernah mengalami serangan bom menjadi sasaran buat kali kedua oleh pesawat rejim, selain serangan artileri turut dibuat di beberapa tempat. 

Kemas kini terbaharu, angka kematian serangan rejim kini meningkat kepada 139 orang, termasuk 39 kanak-kanak dan 22 wanita, selain 950 yang lain cedera. 

Dalam serangan terkini ke atas sebuah kediaman, enam kanak-kanak dan dua wanita terbunuh. 

Satu-satunya mangsa yang dilaporkan selamat adalah bayi berusia dua bulan, kata pihak berkuasa kesihatan di Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button