Berita Utama

Tak ada satu pun badan antarabangsa jaga kepentingan umat, negara Islam

Tidak ada istilah perdamaian dengan Yahudi Zionis

BANGI, 3 Syawal 1442H, Sabtu – Sudah tiba masa negara-negara Islam membina kekuatan sendiri serta membentuk kesatuan ummah berpaksikan kepada iman dan ukhuwah daripada berteduh di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini kerana, dua paksi itu akan dapat membina kekuatan yang mampu berhadapan dengan musuh utama iaitu Yahudi Zionis serta bukan Islam yang menguasai dunia sekarang ini.

Selain itu, badan-badan antarabangsa yang ada juga tidak boleh diharapkan kerana semuanya berpihak kepada Yahudi melalui percaturan ‘Elit Global’.

Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir berkata, tidak ada satu pun agensi atau badan antarabangsa yang menjaga kepentingan umat dan negara Islam.

“Tidak ada istilah perdamaian dengan Yahudi Zionis. Tetapi mereka menguasai agensi-agensi antarabangsa. Matlamat Yahudi hanyalah merosakkan dunia walaupun mereka juga berada di dunia yang sama.

“Inilah gambaran manusia apabila mereka telah sesat akan lebih teruk daripada binatang. Yahudi tidak akan berbuat baik untuk selama-lamanya kerana kalamullah sendiri telah menyifatkan mereka sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun mengakui bangsa berkenaan mempunyai keupayaan intelek yang tinggi, Ustaz Sharipudin berpendirian mereka adalah bangsa yang rosak akhlak, emosi dan intelek kerana menggunakan kelebihan sedia ada untuk membuat kerosakan.

“Mereka adalah jelmaan dajjal berwajah manusia. Inilah bangsa Yahudi. Sebelum berlaku qiyamah mereka merosakkan dunia dan isinya termasuk manusia dengan seburuk-buruknya. Mereka bukan menyeru untuk memasuki agama mereka. Tetapi mereka menyeru kepada kemungkaran dan keburukan.

“Yahudi mahu melihat dunia ini berada dalam kerosakan dan kemungkaran. Oleh itu, sudah tiba masanya umat Islam perlu membina kekuatan mereka sendiri tanpa bergantung kepada badan-badan dunia yang ditubuhkan oleh Yahudi untuk menguasai dunia dengan kerosakan.

“Tidak ada satu pun badan dunia yang berpihak kepada umat Islam, sama ada yang fokus kepada ekonomi, pendidikan, politik, kebajikan dan lain lain,” katanya.

Mengulas dari segi konteks hubungan antarabangsa pula, Ustaz Sharipudin berkata, percaturan dunia adalah menjajah dan merampas.

“Sebab itu kita lihat berlaku penindasan dan kezaliman di seluruh dunia, semuanya dicatur oleh agensi antarabangsa yang dikuasai oleh Yahudi. Semestinya percaturan mereka adalah untuk merosakkan dunia keseluruhannya walaupun mereka mendiami dunia yang sama.

“Nafsu jahat melebihi binatang maka tindakan mereka tidak akan sekali kali memberi kebaikan untuk manusia keseluruhannya hingga akhir zaman. Lebih lebih lagi terhadap umat Islam.

“Gerakan Yahudi adalah berbentuk global bukan setempat. Yahudi menggunakan proksi-proksi mereka untuk menguasai dunia mengikut perancangan mereka. Kaedah merampas dan menguasai sesebuah negara merupakan asas penting dalam gerakan mereka,” katanya.

Malaysia juga tidak terlepas dari perancangan mereka – walaupun mereka tidak berada secara zahir di negara ini tetapi proksi mereka sudah bertapak di negara kita, ulasnya lagi.

“Amaran Dr Yusof Al Qardhawi supaya bangsa Melayu berhati-hati dengan satu bangsa yang cuba menguasai Malaysia dan beliau menyifatkan bangsa tersebut adalah Yahudi ke dua di sebelah Timur,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button