Berita Utama

Malaysia rekod 3,780 kes COVID-19 baharu hari ini

Jadikan jumlah kes positif keseluruhan di Malaysia kini 470,110

KUALA LUMPUR, 4 Syawal 1442H, Ahad – Kes baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 3,780 kes direkodkan hari ini berbanding 4,140 kes semalam.

Tambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di Malaysia kini 470,110 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata dalam tempoh itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,275 kes diikuti Sarawak (405) dan Kedah (363).

Kelantan merekodkan 357 kes diikuti Kuala Lumpur (342); Johor (224); Pulau Pinang (187); Pahang (159); Melaka (122); Perak (115); Sabah (87); Negeri Sembilan (70); Terengganu (58); Putrajaya dan Labuan masing-masing tujuh kes serta Perlis mencatatkan dua kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button