Berita Utama

Penyelesaian 2 negara: Yahudi tak pernah patuh pada perjanjian damai

Malaysia patut lebih jelas, tegas suarakan pendapat tanpa tunduk tekanan mana-mana pihak

BANGI, 4 Syawal 1442H, Ahad – Cadangan penyelesaian dua negara bukan solusi terbaik buat rakyat Palestin, kata Ketua Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Fahmi Bazlan.

Menyifatkan penyelesaian itu sebagai malapetaka buat Palestin, beliau menegaskan, berdasarkan fakta dan realiti, bangsa Yahudi tidak pernah patuh kepada penjanjian damai.

“Berdepan dengan kebiadaban Yahudi Israel memerlukan asas penghayatan sejarah dan pendirian agama yang kukuh.

“Berdasarkan realiti, bangsa Yahudi tidak pernah patuh kepada penjanjian damai. Dasar perjanjian damai ini didukung oleh perjuangan politik Fatah, yang jelas merugikan rakyat Palestin. 

“Realiti yang berlaku, hari demi hari mereka kehilangan tanah akibat dijual dan dirampas secara haram oleh pendatang Yahudi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, umat Islam berdiri teguh menyokong pendirian perjuangan politik Hamas yang mengangkat perjuangan agama dan keabsahan bangsa berdaulat di bumi Palestin yang sekarang ini.

“Pengaruh dan semangat tersebut tidak lagi terperangkap dan terbatas dalam jiwa masyarakat Gaza yang terkepung sahaja, bahkan melimpah keluar menjadi kebanggaan seluruh rakyat Palestin.

“Justeru, Pemuda BERJASA mengharapkan sesuatu lebih tegas dan jelas untuk Malaysia menyuarakan pendapat tersendiri dan tidak tunduk kepada desakan atau tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button