Berita Utama

Selepas serang pejabat media, Israel bedil pusat kesihatan di Gaza

Lancar 2 peluru berpandu hingga akibatkan pusat kesihatan gagal beroperasi

GAZA, 4 Syawal 1442H, Ahad – Negara pengganas Israel dilaporkan melepaskan dua peluru berpandu ke lokasi kemudahan kesihatan di Gaza, kata pegawai dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, peluru berpandu berkenaan menuju ke Pusat Kesihatan Al-Daraj dengan memusnahkan struktur dan menjejaskan fungsinya.

Sehubungan itu, kementerian berkenaan menyeru komuniti antarabangsa untuk segera campur tangan dalam melindungi institusi kesihatan dan anggota perubatan.

Katanya lagi, tindakan itu perlu dalam memastikan kesan akibat daripada tindakan kejam rejim Zionis tidak begitu dirasai oleh rakyat.

Sebelum ini, negara pengganas Israel turut menyasarkan beberapa bangunan lain di Gaza, yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk pusat media seperti Al Jazeera dan Associated Press.

Sehingga kini, angka korban rakyat Palestin kesan daripada serangan kejam rejim Zionis sudah mencecah 188 orang.

Menurut pegawai dan Anadolu Agency, angka korban tersebut turut melibatkan 31 orang wanita dan 52 kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button