Dunia

Zionis lancar 150 serangan udara di Gaza awal hari ini

Angka korban rakyat Palestin meningkat 4 orang menjadi 148

GAZA, 4 Syawal 1442H, Ahad – Siri serangan udara negara pengganas Israel memasuki hari ke tujuh berturut-turut, dengan yang terbaharu mengorbankan sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin, hari ini.

Rejim Zionis didakwa melakukan serangan udara paling banyak dan ‘berbahaya’ hari ini berbanding sebelumnya.

Wartawan Al Jazeera, Safwat al-Kahlout melaporkan, jet pejuang Zionis melakukan 150 serangan udara di sepanjang Semenanjung Gaza pada awal hari ini.

Katanya lagi, daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 60 serangan dilancarkan di bandar Gaza.

Antara lokasi sasaran serangan udara berkenaan adalah rumah pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Yehya al-Sinwar.

Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, pemimpin Yahudi, Benjamin Netanyahu berjanji akan meneruskan serangan di Gaza selama mana yang diperlukan.

Sementara itu, pemimpin kanan Hamas Ismail Haniyeh berkata, pihaknya tidak akan menyerah kalah kepada negara penjajah Israel.

Sekurang-kurangnya 148 penduduk Palestin termasuk 41 kanak-kanak maut, manakala 950 lagi cedera di Semenanjung Gaza dalam seminggu terakhir,

Rejim pengganas Israel juga telah membunuh kira-kira 13 penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Media ah-Kahlout melaporkan bahawa perkhidmatan perubatan kecemasan yakin beberapa keluarga telah terperangkap di bawah runtuhan kediaman mereka yang musnah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button