Kolumnis

Kontroversi penggunaan istilah ‘militan’

Inilah kesan produk pendidikan vernakular ultra kiasu

SUDAH sampai masanya penerbit dan pembaca berita diambil sama dalam kalangan Cina muslim.

Penggunaan istilah militan kepada umat Islam Palestin, langsung tidak boleh diterima, sekalipun amaran telah diberikan. Tatkala umat Islam Palestin sedangkan bergelut mempertahankan hak dan tanah air sendiri daripada Yahudi Zionis laknatullah.

Jika media asing yang melaporkan masih boleh diterima, tetapi ini media Malaysia. Hidup dalam negara Islam, persekitaran Melayu Islam, tetapi tidak pernah cuba untuk faham budaya dan cara hidup bangsa majoriti.

Jenis rakyat apakah yang sedang kita bina meskipun telah merdeka lebih 60 tahun? Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung.

Penggunaan istilah militan oleh media ultra kiasu, terhadap umat Islam Palestin menentang keganasan Yahudi Zionis bukan pertama kali dibuat, banyak kali, kita sahaja tidak perasan.

Teramat menyedihkan apabila ia keluar dalam siaran RTM, iaitu media kerajaan, melalui berita dalam bahasa Mandarin. Akhbar ultra kiasu yang bernama ‘bintang’, usahalah cerita. Memang di situlah lubuk ultra kiasu. Sejak dahulu tidak pernah mesra Islam. Kita terus biarkan.

Berbalik kepada berita Mandarin RTM2. Dahulu, berita berita ini disiarkan pada jam 6.00 petang.

Kini tidak lagi. Sebelum zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah, siaran berita Mandarin mendapat waktu perdana, waktu puncak, jam 8.00 di RTM2. Ketika itu, saya antara yang membantah. Tetapi tidak dipedulikan.

Salah siapa?

Jangan kata salah saya lagi. Saya mahu kita membina negara bangsa berpaksikan sejarah dan Perlembagaan. Itu sahaja. Saya menjadi begini, kerana kita tidak membina negara bangsa, untuk mencapai perpaduan. Tetapi kita asyik berpolitik, hanya kerana terlalu kemarukkan undi.

Dengan mengubah kepada waktu perdana, kita harapkan orang Cina akan mengundi kerajaan yang memerintah (dahulu BN, PH, sekarang PN). Tetapi keadaan itu tidak berlaku sama sekali.

Kita sanggup korbankan prinsip, kerana tujuan politik. Akibatnya, bahasa asing mendapat tempat pada waktu perdana.

Persoalannya, siapakah yang akan menonton berita dalam bahasa kebangsaan, apabila pilihan bahasa diberikan kepada mereka?

Pergi buat kajian, berapa ramai orang Cina, menonton atau mendengar berita atau siaran dalam bahasa Melayu. Boleh dikatakan hampir tiada, kecuali Cina Kelantan dan Terengganu, itupun mungkin.

Perkara ini tidak berlaku di negara lain, kerana negara lain tidak akan bertolak ansur sebarang usaha untuk mengkesampingkan agenda negara atau bahasa negara.

Pergilah buat perbandingan di Thailand, Indonesia dan negara-negara lain di dunia. Mana ada bahasa asing mendapat  menggantikan bahasa kebangsaan mereka. Tetapi tidak di negara kita. Habis semua jadi carca merba. Hanya kerana undi, bukan soal perpaduan.

Jika soal perpaduan yang difikirkan, sudah tentu bahasa kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. Tetapi keadaan itu tidak berlaku. Tahap atau standard bahasa kebangsaan kita masih lagi, seperti bulung-bulung di angkase…

Akhirnya, terkeluarlah istilah militan. Banyak lagi istilah lain, yang tidak digunakan dengan betul sehingga merosakkan imej agama Islam, menimbulkan kemarahan umat Islam.

Hanya kerana kita tidak tahu bahasa Mandarin, ia senyap. Sesekali terserempak, baharu bising. Persoalannya, kenapa tidak pemantauan dibuat sentiasa? Sedangkan kita tahu, kesan atau produk pendidikan vernakular ini? Kita terlalu bersangka baik. Orang lain bagaimana?

Cuba bayangkan apa istilah yang digunakan oleh guru-guru mereka di SJKC dan sekolah persendirian saban hari terhadap murid-murid mereka? Ada sesiapa yang membuat pemantauan?

Justeru, insiden sebegini tidak boleh dibiarkan senyap begitu sahaja meskipun tindakan atau amaran telah diberikan. Pemantauan dan tindakan mesti dilakukan sentiasa.

Pertama, tempatkan  Cina muslim atau Cina (bukan Islam) yang mesra Islam di RTM, TV7, TV8 dan media ultra kiasu ini. Mereka mesti selalu dirujuk, terutama perkara berkaitan dengan Islam. Begitu juga dengan siaran media bahasa Tamil dan bahasa Inggeris.

Kedua, cukuplah kebebasan tanpa had yang diberikan kepada media berasaskan bangsa ini beroperasi tanpa kawalan.

Jika dahulu, tepat jam 8.00 malam sahaja, semua siaran, tidak kira radio atau TV apa, akan menyiarkan berita dalam bahasa kebangsaan. Tetapi kini, tidak lagi. Setiap stesen bebas untuk menyiarkan berita mereka sendiri.

Kembalikan semula, siaran berita waktu puncak ini merentasi semua media yang ada. Pastikan, setiap stesen bahasa bukan Melayu ini, bersiaran secara dwi bahasa. Misalnya, bahasa Cina – bahasa Melayu, bahasa Tamil – bahasa Melayu, bahasa Inggeris – bahasa Melayu.

Nampak macam kelakar, tetapi ini bukan kelakar. Tetapi, sepatutnya dilakukan.

Ketiga, mengambil contoh media di Thailand, ianya mesti ‘disiamkan’ terlebih dahulu sebelum ditayangkan.  Seronok tengok cerita Hindustan di Thailand, alih bahasa dalam bahasa Siam. Nasib baik, lagu-lagu Hindi itu tidak ‘disiamkan’. Jika ‘disiamkan’ pasti menarik untuk ditonton, melihat memek mulut bagaimana Shah Rukh Khan dan Salman Khan menyanyikan lagi Hindi versi Siam.

Begitulah proses ‘penyiaman’ oleh sebuah bangsa majoriti yang mahu memastikan bangsa dan bahasa (termasuk agamanya) gah dalam negara sendiri. Kita bagaimana?

Begitu juga produk-produk luar negara yang masuk ke Thailand, akan ‘disiamkan’ sebelum dipasarkan.

Kita bagaimana? Tidak pernah untuk lakukannya, atas dasar kebebasan tanpa had. Masuklah produk luar dalam bentuk bagaimanapun, itulah juga yang akan keluar dan dipasarkan.

Ada atau tidak percubaan untuk ‘menjawikan’ produk tersebut. Langsung tidak pernah terfikirkan? Eloklah kita belajar daripada Thailand, bagaimana membina negara bangsa.

Sebab itulah, kenapa Cina Thailand, tidak pernah mahu mengaku dia Cina lagi, melainkan mereka adalah orang Siam (Thai).

Benar, kenapa kita mahu menjadi Thailand atau menjadikan Thailand sebagai contoh. Begitu juga Indonesia, Filipina dan lain-lain.

Baiklah, jika bukan Thailand, Indonesia, Filipina dan lain-lain sebagai contoh. Kita nak ikut negara mana lagi. Amerika? Canada? Britain? Cuba bandingkan. Sama sahaja. Siapa pun bangsa majoriti, bangsa, bahasa dan agama bangsa  itulah yang mengakar. Pergi buat kajian.

Hujah apa lagi? Oh, ini Malaysia, Malaysia lain. Kita lain daripada yang lain. Kita mengamalkan unity in diversity. Kita bukan Thailand, bukan Indonesia, bukan Amerika, bukan Arab dan macam-macam bukan lagi. Kita adalah kita. Malaysia dengan keunikan tersendiri. Malaysia truly Asia. Inilah hujah yang digunakan oleh ultra kiasu untuk kaburi kita.

Kita pun terpedaya. Kita pun termakan dengan kata-kata mereka, atas dasar jika kita benarkan, maka mereka yang memberikan undi kepada parti yang memerintah. Akhirnya, apa jua perkara, semuanya beroperasi mengikut garis bangsa.

Parti ikut bangsa, media ikut bangsa, radio ikut bangsa, tv ikut bangsa, sekolah ikut bangsa, universiti ikut bangsa, semua ikut bangsa. Inilah keunikan Malaysia yang kita banggakan, unity in diversity atau Malaysia truly Asia.

Maaf cakap, kita sedang membina kehancuran, bukan membina kegemilangan sebuah negara bangsa. Bahangnya sudah terasa. Ia mula membakar. Tunggulah hari pembakaran itu. Pasti ianya akan terjadi. Semua itu dengan izin Allah belaka.

Pesanan akhir saya, dalam membina negara bangsa, proses sosialisasi politik memainkan peranan yang sangat penting. Agen-agen sosialisasi adalah sejarah, keluarga, pendidikan, media, NGO dan parti politik. Bayangkan jika semua berasaskan bangsa. Cina cara Cina. India cara India. Apakah yang akan terjadi? Melayu dan Bumiputera bagaimana?

Sendiri mahu ingat, sendiri mahu fikir. Gua sudah letih mengingatkan sehingga dilabelkan lebih Melayu daripada Melayu. Apa yang gua dapat? Melainkan hanya mahu melihat masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button