Berita UtamaPendapat

Srikandi Palestin sumber inspirasi, kekuatan wanita muslim Malaysia

Moga Allah ganti lebih baik daripada apa yang dimusnahkan rejim Israel

SABAN masa hati ini meruntun apabila melihat gambar dan membaca berita berkaitan anak-anak dan wanita Gaza dan Palestin menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman Israel.

Namun dalam masa yang sama, kagum dengan kekuatan semangat mereka mendepani kekejaman ini. Kagum dengan kesyukuran dan kecemburuan kepada anak-anak mereka yang telah syahid terlebih dahulu sebelum mereka. Subhanallah!

Wahai srikandi wanita Palestin,

Tidak ada yang menjadikan kalian sebegini kuat melainkan kerana keyakinan dan izzah kalian kepada Islam serta yakin dengan janji Allah dan Rasul bahawa syurga bagi yang membela Islam.

Kalian telah menyerahkan jiwa dan raga kalian untuk Islam. Hidup dan mati kalian untuk Islam.

Anak-anak kalian didik untuk cinta dan memperjuangkan Islam. Mereka tidak takut kepada syahid kerana itulah kemenangan yang hakiki.

Kalian golongan yang terpilih. Terpilih menjadi barisan hadapan dalam perjuangan ini. Satu kemuliaan buat kalian.
Sesungguhnya kekuatan jiwa kalian menjadi inspirasi dan kekuatan buat kami.

Wahai srikandi wanita Palestin, wanita al-Aqsa,

Doa kami buat kalian…
Moga Allah terus berikan kekuatan buat kalian.
Semoga Allah terus memelihara kalian, menetapkan hati-hati kalian dan mengurniakan keberanian buat kalian.

Moga Allah mengganjari sebaik-baik ganjaran buat kalian atas pengorbanan ini. Moga Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik apa yang telah dimusnahkan oleh rejim Israel. Moga syurga buat kalian.

Salam ukhuwah dari kami wanita di Malaysia.
Salam kasih dan sayang dari hati kami yang sangat dalam buat srikandi wanita Palestin dan al-Aqsa. Kami sentiasa bersama kalian.
Salam perjuangan!!!

Buat para wanita di Malaysia..
Teruskan berdoa buat saudara kita di al-Aqsa dan Palestin.
Titipkan doa buat mereka dalam setiap munajat kalian.
Teruskan menyumbang semoga ia menjadi saksi kepada sumbangan kita kepada perjuangan al-Aqsa dan Palestin.

Dr Suriani Sudi
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button