Berita Utama

Bidas Muhyiddin dalam isu Palestin, pemimpin DAP sokong negara haram?

Teng Chang Kim biadab, perlu dikenakan tindakan sewajarnya

BANGI, 6 Syawal 1442H, Selasa – Kebiadaban Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim dalam isu sensitif membabitkan kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin perlu diambil tindakan.

Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, kenyataan Chang Khim yang mengkritik pendirian tegas Malaysia dalam isu itu jelas menunjukkan ke mana arah diri pemimpin DAP itu berpihak.

“Kritikan Chang Khim melambangkan sokongannya kepada Evangelis, Zionisme dan rejim Israel.

“Beliau sangat biadab dan mesti memohon maaf secara terbuka atau dikenakan tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, Chang Khim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor memuat naik komen di Facebook mengkritik Perutusan Khas Mengenai Palestin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tangkap layar kenyataan biadap Chang Kim yang turut disertai penggunaan perkataan ‘bodoh’ yang dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, kemudian tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, mesej itu dikatakan sudah dipadamkan daripada akaun Facebook Chang Khim selepas dikritik netizen.

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button