Berita UtamaIstimewa

Jawatan kosong Naib Canselor universiti awam tanda pergelutan parti kerajaan?

Tak mustahil berlaku proses pembersihan etnik parti

BANGI, 3 Zulkaedah 1442H, Isnin – Tidak salah membuat andaian bahawa kekosongan jawatan Naib Canselor (NC) di beberapa universiti awam menandakan ada sesuatu pergelutan berlaku dalam pemilihan untuk jawatan itu.

Bahkan, rasanya tidak salah dikatakan puncanya ialah perebutan antara parti-parti dalam kerajaan yang memerintah, kata Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir.

Beliau berkata demikian mengulas ulasan Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengenai jawatan tinggi yang diisi di universiti awam dan swasta yang disiarkan Ismaweb.net hari ini.

Ustaz Sharipudin berpandangan, sekiranya ketua yang mengetuai mana-mana kementerian dari parti-parti tertentu dalam kerajaan, maka sudah pasti proses untuk melantik dari calon-calon parti mereka.

“Tak mustahil berlaku proses pembersihan etnik parti sekarang ini.

“Lantikan NC dulu dikatakan sebahagian besar perlantikannya dari sebuah NGO yang menyokong sesebuah parti tertentu.

“Maka perlantikan baru akan dipilih dari parti-parti tertentu yang memerintah. Ini budaya parti-parti politik Melayu di Malaysia. Dah jadi budaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jauh beza dengan bangsa pendatang ultra kiasu katanya, mereka melantik ketua universiti mereka dari kalangan bangsa sendiri tanpa mengira parti-parti bangsa mereka.

Sementara bangsa Melayu pula membudayakan pelantikan mesti dari penyokong parti mereka, kata beliau.

“Taksub kepada parti melebihi segala-galanya. Mereka bertelingkah dan berperang atas sentimen parti semata-mata. Bahkan dalam parti yang sama pun mereka boleh bertelingkah dan berperang kerana berebut jawatan dan kedudukan.

“Rasanya ahli politik parti Melayu menghabiskan masa mereka hanya berfikir untuk jawatan dan kedudukan.

“Kluster kalah berfikir untuk menang dengan apa cara sekalipun sehingga pembunuhan sebagaimana berlaku di Tampin dahulu. Kluster menang berfikir untuk kekalkan kemenangan dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Ustaz Sharipudin mendakwa, kedua-dua kelompok ini hanya fikir kedudukan dan harta kekayaan.

“Mereka sanggup korbankan maruah agama, bangsa dan negara asalkan kegilaan mereka terhadap pangkat dan harta tercapai. Kekal dengan jawatan, takabbur dengan kesenangan,” dakwanya.

PAUTAN BERKAITAN

Bila UTAR mahu lantik Melayu jadi Naib Canselor?

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button