Negara haram lancar peluru artileri ke Lubnan
Dakwa ia sebagai tindak balas 6 roket dari arah Lubnan ke utara negara penjajah

TEL AVIV, 6 Syawal 1442H, Selasa – Rejim penjajah Israel menyerang Lubnan dengan tembakan peluru artileri, setelah roket ditembakkan dari negara haram itu ke wilayah Palestin yang dijajah.
Tentera pengganas Israel mendakwa peluru Lubnan gagal melintasi sempadan Lubnan.
Media Israel hari ini memetik jurucakap tentera rejim, Hidai Zilberman sebagai berkata, enam roket telah dilancar dari sebuah bandar di utara Shabaa Farms di selatan Lubnan ke arah utara Israel.
Tentera pengganas Israel mengatakan, gerakan Hizbullah di Lubnan bukan dalang di sebalik tembakan roket, semalam dan mendakwa sebahagian kecil rakyat Palestin bertanggungjawab.
Ali Shoaib, seorang wartawan TV al-Manar Lubnan mengatakan dalam tweet pada awal pagi hari ini bahawa empat roket telah dilancar dari hutan al-Hibbariyeh, tiga daripadanya mendarat dekat kampung Houla di Lubnan, Rob Tlateen, Adaisseh, dan al-Taybeh sementara yang keempat terkena dekat kawasan yang tidak dikenali.
Ali memaklumkan bahawa Israel menembak 15 peluru artileri 155 mm, dua meriam dan empat suar di kawasan sempadan Lubnan sebagai tindak balas.
Reuters menyebut sumber keselamatan Lubnan bahawa kira-kira 22 peluru ditembak oleh tentera pengganas Israel di Lubnan.
Setakat ini tidak ada laporan mengenai korban nyawa atau kerosakan.
Rakaman yang diedarkan di media sosial menunjukkan saat roket ditembakkan dari Lubnan ke arah Israel.
Video lain menunjukkan serpihan dua roket, yang mendarat di wilayah Lubnan dengan sumbernya tidak diketahui. – Agensi