Berita Utama

Kes cecah 6,000, rakyat desak kerajaan laksana ‘total lockdown’

Sistem kesihatan dah tenat, tapi kerajaan masih bimbangkan ekonomi

BANGI, 7 Syawal 1442H, Rabu – Bimbang terhadap peningkatan mendadak kes harian COVID-19 hari ini, rata-rata rakyat mendesak kerajaan mengambil tindakan drastik menguatkuasakan ‘total lockdown’ di seluruh negara.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,075 kes jangkitan baharu hari ini, dengan Selangor kekal pada angka tertinggi iaitu 2,251 kes.

Jumlah terbaharu itu adalah yang paling tinggi dilaporkan sejak negara berdepan kes penularan pandemik berkenaan tahun lalu.

Atas sebab itu, lebih 2,000 netizen hari ini ‘menyerang’ laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi mendesak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat seperti Mac 2020.

“Total lockdown Datuk. Selagi tak total lockdown, kes semakin meningkat. Takkan kita nak tengok ramai terkorban baru nak total lockdown. Shutdown semua sektor dalam dua minggu,” kata Drag Jempol.

“Lockdown satu Malaysia! Fully lockdown! Buat macam PKPD! Aku peniaga kecil, aku sanggup susah sementara dari hidup macam ini sampai bila-bila. Come on Tan Sri,” tulis Aidil Affandy Shamsul Bharin.

Turut senada dengan yang lain, Alinz Yu berkata, kerajaan perlu menutup semua sektor ekonomi sementara dan hanya memberi ruang kepada sektor penting sahaja.

“Malaysia di ambang kritikal dek kerana kerajaan yang tidak pedulikan kesihatan rakyat,” kata Jai Shah.

“Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor tinggi macam itu pun masih tak nak ikut nasihat KKM untuk PKP penuh? Ekonomi masih lagi penting daripada sistem kesihatan yang dah tenat?,” kata Azean Izwani.

Bukan hanya dibanjiri komen desakan untuk dilaksanakan ‘total lockdown’, ruangan Facebook Dr Noor Hisham juga dibanjiri kemarahan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Rata-rata mereka marah terhadap sikap kerajaan yang hanya bimbangkan kesan ekonomi berbanding situasi semasa kesihatan rakyat.

“Awal-awal lagi dah minta lockdown, tetapi kerajaan buat apa? Tak habis dengan alasan ekonomi ekonomi ekonomi. Bukannya minta lockdown sebulan, cuma dua atau tiga minggu saja,” tulis Maizatul Mohd Johan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button