IstimewaPendapat

Kes Adib: ‘Jika ada peluang saman kerajaan, pasti kita akan lakukan’

PEMBELA sedang memuktamadkan langkah seterus bersama para peguam

  • SEBAK saya mendengar suara ayah Allahyarham Adib yang ditemu ramah oleh TV Pertiwi sebentar tadi. Suaranya kedengaran sayu, seperti menahan tangisan dan keletihan (letih dengan karenah kerajaan).

Saya tidak tahu apa yang kerajaan fikirkan dalam kes ini dan saya pasti rakyat Malaysia secara keseluruhannya sangat terkilan.

Sudahlah tiba-tiba yang mengumumkan kes ini ditutup adalah individu yang tidak berkaitan, iaitu Menteri Perladangan seolah-olah kes ini sudah menjadi picisan.

Bagi pihak PEMBELA, kami sedang memuktamadkan langkah seterusnya bersama peguam-peguam KAMI dalam kes ini. Jika ada peluang menyaman kerajaan, pasti kita akan lakukan.

Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa. Sementara itu, ayuh kita sama-sama terus kita gerakkan lagi petisyen rakyat untuk kes ini: bit.ly/JanganKuburkanKesAdib

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
7 Oktober 2021

#KeadilanBuatAdib

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button