Berita UtamaDunia

Rakyat negara haram Israel melancong ke UAE

Selepas Etihad Airways, Gulf Air dari Bahrain pula mulakan penerbangan ke Israel bulan depan

ABU DHABI, 8 Syawal 1442H, Khamis – UAE dilaporkan tetap membenarkan penerbangan dan lawatan terus ke pulau Socotra, Yaman walaupun tidak mendapat kebenaran pemerintah.

Menurut sumber tempatan, ratusan pelancong asing telah tiba di sana sejak beberapa hari lalu menggunakan visa yang diberikan oleh Abu Dhabi kepada mereka.

Awal bulan ini seorang penasihat Kementerian Penerangan, Mukhar Al-Rahbi, mengatakan pulau itu ‘telah di salah guna oleh UAE, yang telah bertahun-tahun merancang untuk menguasainya.’

“UAE menjadi pengawal utama di Socotra. Bahkan perwakilan pelancongan pula perlu mengambil kebenaran untuk memasuki Socotra dari UAE,” katanya.

Gambar pelancong asing telah tular  di media sosial, dengan banyak aktivis mendakwa kebanyakannya adalah orang Israel.  

Laporan muncul bulan lalu setelah gambar yang menunjukkan sekumpulan pelancong _’ Israel ditemani pegawai keselamatan Emirat dan pembantu mereka di pulau itu.

Kedatangan penduduk negara haram Israel di pulau itu berlaku beberapa bulan setelah perjanjian normalisasi antara Israel dan bersama UAE dan Bahrain yang ditandatangani pada bulan September tahun lalu.  

Etihad Airways Abu Dhabi telah mula menawarkan penerbangan terus ke Tel Aviv.  

Penerbangan pertama yang membawa pelancong Israel ke Dubai UAE berlangsung pada bulan November. 

Sementara itu, Gulf Air dari Bahrain pula akan memulakan penerbangan ke Israel bulan depan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button