Berita Utama

Serangan ke atas Palestin, jangan ada lagi rundingan dengan Israel

227 rakyat Palestin terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak

BANGI, 8 Syawal 1442H, Khamis – Rundingan bersama negara penjajah, Israel tidak lagi perlu diadakan susulan serangan berterusan ke atas Palaestin.

Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi Sat berkata, serangan tidak berperikemanusiaan berkenaan mengakibatkan ramai mangsa tidak bersalah terkorban di Palestin khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.

“Sokongan kita agar tanah air Palestin dibebaskan dari penjajahan Zionis Israel sejak dulu lagi.

“Kezaliman demi kezaliman, pembunuhan demi pembunuhan terhadap nyawa rakyat pribumi Palestin oleh rejim pendatang-pendatang Yahudi-Israel ini sepatutnya tiada lagi rundingan.

“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam di Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ratusan orang awam di Palestin meliputi kanak-kanak, ibu mengandung dan orang kurang upaya (OKU), terkorban akibat kekejaman Israel melancarkan serangan agresif ke atas Semenanjung Gaza dalam konflik terbaru yang tercetus sejak minggu lalu.

Serangan Israel selama 11 hari berturut-turut itu telah meragut nyawa 227 rakyat Palestin, setakat hari ini , termasuk 64 kanak-kanak, 38 wanita meliputi tiga sedang hamil dan tujuh OKU.

Kira-kira 1,620 mangsa cedera 1,500 rumah musnah atau rosak teruk yang menyaksikan lebih 9,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Manakala, lebih 7,200 unit kediaman lagi mengalami kerosakan sebahagian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button