Berita Utama

Terus membisu, OIC ibarat bangkai bernyawa

Saudara seagama dibantai 11 hari berturut-turut tanpa sebarang tindakan

BANGI, 8 Syawal 1442H, Khamis – Ibarat bangkai bernyawa – perumpaaan paling tepat boleh dilabelkan ke atas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) – yang disertai 57 buah negara Islam seluruh dunia.

Ini susulan tindakan OIC yang terus membisu, walhal ratusan umat Islam Palestin terbunuh dan ribuan yang lain dibantai rejim pengganas Israel tanpa perikemanusiaan

Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Negeri Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir mempersoalkan sama ada OIC hanya menunggu arahan negara sekutu Israel – Amerika Syarikat (AS) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. 

“Adakah sedang menunggu arahan dari badut USA. Amat sesuai persahabatan badut dan ‘puppet’. ‘Puppet’ hanya menunggu arahan dari badut. 

“Bertambah malang lagi apabila sebuah negara anggotanya bersekongkol dengan satu bangsa musuh Allah dan agamaNya membantai muslim Palestin dengan penuh kebanggaan. 

“Segalanya terbongkar kali ini dengan kehendak Allah secara terang dan jelas. Negara ini telah lama bersama Yahudi mengkhianati saudaranya. Adakah mereka muslim atau sebaliknya?,” katanya dalam satu kenyataan. 

Ustaz Sharipudin juga mempersoal pendirian negara-negara Islam, 57 buah negara yang bernaung di bawah OIC menyepi diri dengan kehinaan. 

“Dengan membiarkan saudara seagama dibantai sudah 11 hari berturut-turut tiada sebarang tindakan. 

“Adakah kamu rela melihat mujahidin syahid meninggalkan kamu mengadap Allah dengan penuh kemuliaan sedangkan kamu hidup di dunia seterusnya dengan penuh kehinaan?

“Lebih hina daripada Yahudi kerana kamu mengaku kamu muslim dan pemimpin kaum muslim tetapi membiarkan saudara kamu di bantai tanpa belas kasihan dan peri kemanusiaan oleh satu bangsa yang dilaknat Allah,” katanya.

Beliau memberi peringatan terhadap OIC jika tidak mengambil berat tentang urusan muslim yang kini ditimpa dugaan yang besar dan amaran Rasulullah ﷺ.

“Ingat amaran Rasulullah ﷺ, muslim yang tidak mengambil berat tentang urusan muslim yang lain maka mereka bukan dari kalangan mereka. 

“Kamu dinafikan oleh Rasulullah ﷺ sebagai muslim yang sebenar. Adakah gelaran ini yang kamu nantikan. Kamu akan hina di dunia ini dan hina di hadapan Allah di akhirat nanti.

“Kita mendoakan agar jika Yahudi masih hidup selepas ini hidup sebagai seekor kera yang hina,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, OIC tidak boleh hanya menunggu campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak dalam konflik Palestin kerana semakin banyak orang terbunuh.

Beliau berkata, di samping perlu mendesak PBB untuk memberikan perlindungan antarabangsa untuk semua orang di wilayah Palestin yang dijajah, OIC juga patut segera meningkatkan dan membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara yang mungkin.

“Kita tidak boleh terus bercakap, kita mesti menunjukkan kepada dunia bahawa negara-negara Muslim ada di sini untuk membantu, tegasnya semasa mesyuarat tergempar OIC Ahad lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button