Dunia

Angka korban gempa Haiti kini cecah 2,207

Usaha mencari, menyelamat diteruskan selepas lebih 344 orang masih hilang

BOGOTA, 14 Muharram 1443H, Isnin – Angka kematian di Haiti akibat gempa bumi kuat awal bulan ini telah mencecah kepada lebih 2,000 orang, menurut agensi pertahanan awam negara itu. 

Sekurang-kurangnya 2,207 orang terkorban dan 12,268 yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda negara itu pada 14 Ogos lalu.

Dengan lebih daripada 100,000 rumah musnah dan rosak akibat gempa, usaha mencari serta menyelamat mangsa diteruskan susulan lebih 344 orang dilaporkan masih hilang. 

Dalam kejadian itu, pusat gempa dilaporkan berlaku 12 kilometer timur laut Saint-Louis-du-Sud pada kedalaman 10 kilometer.

Negara itu berdepan kemusnahan teruk akibat gegaran sehingga terpaksa meminta bantuan antarabangsa.

Dunia pernah berdepan insiden gempa bumi paling dasyat yang berlaku di Haiti pada 12 Januari 2010.

Menurut angka rasmi, 316,000 orang dilaporkan terkorban dan 300,000 yang lain cedera dalam gempa berkekuatan 7.0 skala Richter di selatan negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button