Berita UtamaDunia

Amerika bantu pembunuhan lebih ramai kanak-kanak di Palestin

Washington jual peluru berpandu berketepatan tinggi pada rejim pengganas Israel

GAZA, 6 Syawal 1442H, Selasa – Menteri Luar Negeri Iran, Mohammad Javad Zarif menegaskan, tindakan Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan ratusan juta senjata api kepada negara pengganas Israel di tengah-tengah kekejaman Tel Aviv, membunuh kanak-kanak Palestin di Semenanjung Gaza.

“Di kala peluru buatan AS sudah membunuh ratusan orang Palestin yang tidak bersalah, AS bantu lagi dengan meluluskan pula peluru berpandu ‘ketepatan tinggi’ berjumlah AS$735 juta (RM3.07 bilion) kepada Israel untuk membunuh lebih banyak kanak-kanak dengan lebih tepat sasarannya,” kata Zarif, hari ini.

Sebelum ini, The Washington Post melaporkan, bahawa AS menjual peluru berpandu dengan ketepatan tinggi kepada rejim Zionis yang kejam.

Selain itu, Washington turut menghulurkan bantuan ketenteraan sebanyak AS$4 bilion (RM16.5 bilion) untuk rejim itu setiap tahun.

Kekejaman Israel sehingga kini telah mengorbankan 212 orang, termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita, dengan 1,400 yang lain mengalami kecederaan.

AS yang secara sejarahnya melindungi rejim Zionis daripada tanggungjawab atas tindakan pembunuhan besar-besaran, jenayah perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan telah menghalang Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengeluarkan kenyataan yang mengecam.

Sokongan Washington terhadap Israel tidak mengejutkan kerana setakat ini ia telah menyekat 44 resolusi anti-Israel sepanjang sejarah UNSC.

“Kemudian AS menyekat kenyataan yang paling ringan dari UNSC,” kata Zarif merujuk kepada desakan terbaru Washington untuk melindungi Tel Aviv.

“Dunia sedang menyaksikan Israel dan penyokongnya menunjukkan wajah ‘buruk’ mereka,” kata diplomat tertinggi itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button