Dunia

200,000 penduduk terjejas, negara penjajah sengaja bom saluran paip utama

Gaza mula periksa kemusnahan, cari penyelesaian sementara tangani krisis

GAZA, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Biarpun Semenanjung Gaza kini meraikan kemenangan setelah 11 hari berdepan serangan pengganas Israel, wilayah itu terpaksa menanggung kemusnahan teruk khususnya pada kediaman dan kemudahan awam. 

Ini termasuk tindakan rejim yang sengaja menyasarkan dua saluran paip air di kawasan Al-Saftawi sehingga menjejaskan bekalan kepada 20 peratus penduduk di Gaza, kata perbandaran dalam satu kenyataan. 

“Serangan udara Israel di kawasan Al-Saftawi kelmarin merosakkan dua saluran paip air utama yang disalurkan kepada kawasan perumahan barat laut.

“Dukacita, Perbandaran Gaza mengesahkan bahawa pengeboman di dua saluran air ini, menjejaskan lebih 200,000 pengguna menyebabkan mereka tidak mendapat bekalan air dan memburukkan lagi krisis yang dihadapi wilayah ini kerana sengaja sasar terhadap infrastrukturnya,” kata kenyataan itu. 

Setakat ini, bandar Gaza telah mula memeriksa kemusnahan dan membuat penyelesaian sementara untuk mengurangkan krisis air yang disebabkan daripada pertempuran itu. 

Palestin bagaimanapun terus mengecam dan mengutuk tindakan Israel yang menyasarkan serangan ke atas infrastruktur, bangunan serta kemudahan penting secara sengaja di wilayah itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button