Berita Utama

Gencatan senjata Palestin: Malaysia gesa tumpu bantuan kemanusiaan

'Sekarang kita perlu tumpukan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin'

KUALA LUMPUR, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin susulan gencatan senjata Israel-Hamas pada lewat Khamis.

Mesir bertindak sebagai orang tengah untuk perjanjian gencatan senjata itu.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi Twitternya pada Jumaat berkata:

“Sekarang kita perlu tumpukan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin”.

Kabinet Keselamatan Israel pada Khamis bersetuju menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung dan menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu.

“Serangan Israel telah menyebabkan ratusan orang terkorban dan ribuan lagi cedera.

“Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa,” tambah Hishammuddin. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button