Pendapat

Kenapa Israel bersegera mahukan gencatan senjata?

Tak berjaya lumpuhkan walau satu pusat kawalan mujahidin di Gaza

KEKALAHAN naratif perang di peringkat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa berpihak kepada naratif perjuangan Palestin dan menyaksikan ledakan sokongan kepada Palestin terutama di sosial media dan dunia Barat. Semakin lama perang, semakin lama membuka hakikat Israel sebagai negara penjajah. AS juga menekan Israel setelah AS menerima tekanan antarabangsa.

2. Kos perang yang meningkat dan mereka tidak sanggup untuk menamatkan perang dengan melaksanakan ground invasion terhadap Gaza. Apabila berlaku ground invasion, kemungkinan besar akan berlaku penculikan tentera Israel oleh pejuang Palestin seperti yang berlaku kepada Gilad Shalit. Israel terpaksa tunduk kepada permintaan pejuang Palestin sebagai ganti pembebasan Gilad Shalit.

3. Mata-mata Israel di Gaza telah ditangkap dan mereka berperang di dalam keadaan tidak ada maklumat yang lengkap. Israel terpaksa bom secara rambang dan kemuncaknya apabila mereka menyerang bangunan menempatkan syarikat akhbar antarabangsa di Gaza, naratif perang Israel tidak lagi memihak kepada mereka. Israel tidak lagi mempertahankan diri dari Hamas tetapi cuba menyembunyikan hakikat sebenar dari dunia antarabangsa.

4. Israel tidak berjaya melumpuhkan walau satu pusat kawalan mujahidin di Gaza melalui serangan bom mereka akibat mata-mata mereka di Gaza sudah ditangkap.

5. Pergolakan politik dalaman dari parti pembangkang Israel terhadap Netanyahu. Mereka mendesak untuk dihentikan peperangan dan menyalahkan Netanyahu sebagai punca Israel mendapat malu.

Sekiranya kita mengikuti perkembangan perjuangan Palestin bermula Intifada yang pertama pada 1987, kita harus akui perjuangan Palestin telah meningkat ke satu tahap baharu yang menggerunkan Israel.

Sokongan antarabangsa yang meningkat kepada Palestin, kekuatan persenjataan tentera Hamas, sokongan rakyat kepada Hamas walaupun sebahagian mereka syahid dan cedera akhirnya memberi kita kefahaman bahawa Palestin pasti akan merdeka suatu hari nanti. Dan hari itu sudah semakin hampir.

Insya-Allah, suatu hari nanti kita akan sama sama sujud di Masjid al-Aqsa yang sudah merdeka. Tahniah para pejuang Palestin, tahniah pejuang siber dan sosial media di Malaysia, tahniah para penderma. Semoga Allah SWT ganjari kita dengan sebesar-besar pahala. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahil hamd.

Hj Mohd Shahrularifin Ab Manan
Ketua Sekretariat
Kempen Kesedaran Perang Pedang Al-Quds 2021
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button