Berita Utama

Penggunaan katil ICU COVID-19 sudah capai 83 peratus

Lakukan kawalan pergerakan kendiri, patuh SOP jika berada di luar

BANGI, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Malaysia sudah mencapai 83 peratus kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 di seluruh negara setakat 20 Mei, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia hari ini, sebanyak 11 negeri sudah mencapai kadar penggunaan katil yang tinggi melebihi 70 peratus.

Ia membabitkan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Sarawak, Putrajaya, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Selain itu, sebanyak 32 hospital kerajaan juga direkodkan dengan kadar penggunaan katil ICU COVID-19 melebihi 70 peratus, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang sangat besar dan memerlukan bantuan semua pihak untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada SOP.

“Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button