Berita Utama

Perang Palestin: Sokongan umat Islam mampu tundukkan negara haram

Kemenangan di Gaza bawa petanda pembebasan Palestin semakin dekat

GAZA, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Kemenangan yang diraikan pejuang Palestin – selepas negara pengganas Israel secara rasmi menerima cadangan Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat – membuktikan hasil sokongan umat Islam mampu menundukkan keangkuhan rejim Zionis.

Terdahulu, pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berkata, kabinet keselamatannya ‘dengan sebulat suara’ menerima cadangan Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan Jihad Islamik turut mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuat kuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Sieyam berkata, kemenangan ini juga adalah petanda bahawa pembebasan Palestin secara keseluruhannya semakin dekat.

“Ternyata kerja kita selepas ini akan semakin bertambah untuk membangunkan Gaza,” katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi berhubung isu ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button