Berita Utama

Dasar politik Hamas berjaya buka mata dunia

Mereka yang dulu hina perjuangan Hamas, kini akur pada teras perjuangannya yang membanggakan

DUNIA hari ini dikejutkan dengan kemenangan yang hakiki dalam pertembungan kuasa kecil ketenteraan kerajaan Hamas di bumi Gaza berjaya menundukkan kerakusan kuasa besar dunia Israel dan Amerika Syarikat.

Walaupun peperangan bukanlah pada situasi sebenar di medan peperangan, tetapi dengan kekangan dan keterbatasan yang dimiliki oleh pejuang Al-Qassam sayap ketenteraan Hamas, berjaya menukarkan segala keterbatasan itu sebagai kekuatan mereka. 

Ini adalah suatu keajaiban kuasa Allah SWT memuliakan sesiapa yang dia kehendaki dan Dia-lah jua yang menghina sesiapa yang Dia kehendaki.

Dia yang memenangkan siapa yng Dia kehendaki dan Dia-lah jua yang mengalahkan sesiapa yang Dia kehendaki.

Pertolongan dan kemenangan Allah itu pasti, tinggal di atas tangan siapakah kejayaan itu tercapai.

Di sinilah letaknya peranan sebuah parti politik terbaik dunia, Hamas. Dengan dasar dan perjuangan yang jelas mengangkat perjuangan membebaskan tanah berdaulat Palestin, menjaga kesucian Masjid Al-Aqsa dan memupuk kesatuan Islam, akhirnya berjaya membentuk suatu dasar perjuangan yang sangat menakjubkan.

Biarpun perjuangan mereka pada awalnya dipandang asing dan sepi atas faktor kesengsaraan bertahan di bumi Gaza, mereka terpaksa berdepan kekejaman Israel, disekat dari segala bentuk pertolongan, dihantui krisis kemanusiaan, kebuluran.

Namun, masyarakat terbaik di bumi Gaza boleh bangkit di celahan runtuhnya sebuah harapan, mereka bina semangat juang, dasar pendidikan menjadi agenda utama, menyusun segala kekuatan yang ada, menjadi masyarakat beragenda sehingga berjaya mengangkat agenda perjuangan yang asing menjadi impian seluruh masyarakat Palestin.

Mereka yang dahulu menghina dan mengejek Impian Hamas mula tunduk dan malu, mereka kini akur pada teras dan dasar perjuangan politik Hamas yang membanggakan.

Inilah yang dikatakan perjuangan fundamentalis, membawa idea asal Islam, yang terkandung dalam Al-Quran dan lipatan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan generasi terdahulu dalam membina sebuah kedaulatan yang membawa kepada terciptanya sebuah peradaban Islam yang gemilang.

Perjuangan yang panjang, namun hasilnya jelas, hasilnya pasti tinggal lagi umat perlu bersabar, dididik dengan yakin, iman dan jati diri diperkukuhkan maka apa sahaja ujian, halangan dan cabaran siap sedia diharungi walau perlu berfana demi sebuah kemenangan, mereka tetap berusaha dan berjuang sehingga mereka perlu syahid atau mengecapi manisnya sebuah kemenangan.

Bangkit Berjuang Bersama Parti BERJASA

Ustaz Fahmi Bazlan Bin Muda
Ketua Pemuda BERJASA Pusat
YDP BERJASA Bahagian Shah Alam

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button