Berita UtamaDunia

Enam terbunuh dalam perhimpunan pro-Palestin di Pakistan

Bom dipasang pada motosikal yang diparkir di jalan perhimpunan

ISLAMABAD, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan letupan bom pada perhimpunan pro-Palestin di wilayah barat daya Pakistan, kata para pegawai.

“Letupan itu berlaku di jalan yang sibuk di wilayah Chaman, yang bersempadan dengan Afghanistan,” kata jurucakap pemerintah Punjab, Liaquat Shahwani kepada Anadolu Agency.

Letupan itu dilaporkan berlaku berhampiran kenderaan ketua wilayah parti agama arus perdana negara, Jamiat Ulema Islam, Abdul Qadir Loni yang mengetuai perhimpunan itu.  

Abdul Qadir juga mengalami kecederaan ringan.

Liaquat berkata, bom itu dipasang pada sebuah motosikal yang diparkir di sepanjang jalan perhimpunan. 

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Rakaman yang disiarkan di saluran televisyen menunjukkan kenderaan yang rosak, pecahan kaca dan kasut serta topi yang berlumuran darah tersebar di sekitar tempat perhimpunan itu.

Pegawai dan aktivis telah mengadakan perhimpunan dan demonstrasi sejak peningkatan keganasan terbaharu Israel di Gaza, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 243 orang Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button