Dunia

Gaza: 170 wartawan cedera, 33 pejabat media dibom negara haram

PJS, wartawan antarabangsa akan bawa jenayah Israel ke ICC

RAMALLAH, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 170 wartawan Palestin cedera dan 33 organasasi media dibom dalam serangan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza, menurut Sindiket Wartawan Palestin (PJS). 

Ketua PJS, Nasser Abu Bakar berkata, pejabat 33 organisasi media musnah akibat serangan Israel di Gaza sejak dua minggu lalu. 

Malah, katanya, seramai 70 wartawan juga cedera ketika serangan rejim di wilayah Palestin.

“Sekitar 100 wartawan lain cedera dalam serangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur,” katanya sambil menambah kecederaan itu akibat dipukul serta terkena gas pemedih mata. 

Pada Jumaat, PJS memaklumkan bahawa wartawan Palestin, Yousef Abu Hussein terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kediamannya di Semenanjung Gaza. 

“PJS bekerjasama dengan wartawan antarabangsa sedang menyusun fail mengenai jenayah Israel terhadap pengamal media untuk dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),” katanya. 

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan 279 rakyat negara itu terbunuh termasuk 69 kanak-kanak dan 40 wanita dalam serangan Israel ke atas Gaza. 

Pertempuran itu turut menyebabkan 1,910 yang lain cedera. 

Serangan selama 11 hari di wilayah itu menyebabkan beberapa bangunan yang menempatkan puluhan pejabat media asing, termasuk Associated Press dan Al Jazeera musnah. 

Pertempuran paling sengit selama bertahun-tahun itu dihentikan pada Jumaat di bawah gencatan senjata yang dikelolai oleh Mesir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button