Berita Utama

Jihad lawan Zionis tetap diteruskan hingga hari Kiamat

Zionis tidak akan reda sehingga kita tunduk ikut ajaran mereka

BANGI, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Jihad melawan rejim Zionis perlu diteruskan sehingga mereka benar-benar menyerah kalah dan keluar dari tanah air Palestin yang dijajah walaupun memakan masa panjang sehingga ke hari Kiamat.

Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat berkata, ini kerana mereka sama sekali tidak akan bersikap jujur dan menepati janji dengan umat Islam.

“Allah SWT dah beritahu di dalam al-Quran, Rasulullah SAW pun dah ingatkan dalam hadis tentang permusuhan mereka kepada Islam dan umat Islam.

“Mereka takkan reda selamanya sehingga kita tunduk mengikut ajaran mereka,” katanya dalam tulisan di laman Facebook.

Terdahulu, laporan agensi berita Turki Anadolu melaporkan ribuan warga Palestin dari wilayah Baitulmaqdis Timur membanjiri kawasan sekitar Masjid al-Aqsa sejak pagi Jumaat untuk meraikan gencatan senjata.

Bagaimanapun, pihak polis Israel bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata serta bom asap ke arah rakyat Palestin.

Bahkan, mereka turut naik ke bumbung Masjid al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berada berhampiran.

Walhal, gencatan senjata baru bermula jam 2 pagi waktu tempatan ketika itu, selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan negara haram Israel menerima cadangan Mesir untuk mengakhiri keganasan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button