Dunia

Jumlah jangkitan COVID-19 di India kini lebih 26 juta

Jumlah korban setakat ini di negara itu adalah 295,525

NEW DELHI, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Jumlah jangkitan COVID-19 India meningkat kepada 26,289,290 dengan 257,299 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga pada Sabtu.

Sebanyak 4,194 kematian dicatatkan sejak pagi Jumaat, menjadikan jumlah korban 295,525. Angka korban harian sekali lagi melebihi 4,000 sejak Khamis, menurut Agensi Berita Xinhua.

Kes aktif pula direkodkan 2,923,400 menunjukkan penurunan sebanyak 104,525.

Seramai 23,070,365 pesakit sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat ini. Perintah berkurung waktu malam serta sekatan pergerakan penuh dan separa masih dikuat kuasa di kebanyakan negeri.

Setakat ini lebih 193 juta dos vaksin sudah disuntik kepada penduduk, pada Jumaat sahaja sebanyak 1,458,895 dos vaksin diberikan.

Pada masa ini fasa ketiga vaksinasi COVID-19 sedang dilaksanakan merangkumi semua penduduk berumur 18 tahun ke atas.

Sementara itu, Majlis Penyelidikan Perubatan India pada Sabtu berkata sebanyak 326,484,155 ujian saringan sudah dibuat setakat ini.

India menggunakan tiga jenis vaksin iaitu Covishield, Covaxin dan Sputnik-V buatan Rusia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button