Berita Utama

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia kini melebihi setengah juta

50 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 22 di Selangor

PUTRAJAYA, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia telah melepasi angka setengah juta apabila 6,320 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes kini 505,115.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes itu menjadikan kes aktif terkini ialah 53,682 manakala kes sembuh sebanyak 4,694.

“Sebanyak 50 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 22 kes di Selangor, Kuala Lumpur (sembilan), Johor (lima), Kedah (empat), Perak (tiga), masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula ialah 652 kes dan daripada jumlah itu, 370 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 17 kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 535. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button