Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Ribuan rakyat Syria protes pilihan raya presiden di bawah rejim Assad

Penunjuk perasaan kecam pilihan raya palsu, tegaskan Bashar Al-Assad pembunuh kanak-kanak

IDLIB, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Ribuan penduduk di seluruh Syria hari ini memprotes pilihan raya presiden di bawah rejim Bashar al-Assad yang akan berlangsung tidak lama lagi, lapor Anadolu Agency.

Penunjuk perasaan berkumpul di Al-Bab, Azaz dan Idlib – semuanya di utara Syria, kawasan di luar kawalan rejim Assad – untuk menentang pilihan raya yang akan diadakan minggu depan di negara yang dilanda perang itu.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk yang membawa slogan ‘Boikot pilihan raya pembunuh kanak-kanak’, ‘Assad tidak layak’ dan ‘Pilihan raya rejim tidak sah.’

“Pilihan raya itu melanggar ketetapan PBB. Bashar al-Assad melakukan pembunuhan besar-besaran di seluruh Syria,” kata penunjuk perasaan, Ridvan Atras di Idlib, kepada Anadolu Agency.

Sementara itu, seorang penunjuk perasaan lain, Rashid Hamdavi mengatakan mereka menentang kedua-dua rejim dan pilihan raya palsu.

“Revolusi Syria akan berterusan sehingga rejim Assad digulingkan,” kata Hamdavi.

Pilihan raya presiden rejim ditetapkan pada 26 Mei.

Assad telah menjadi pemenang dalam setiap pilihan raya sejak mengambil alih kuasa pada tahun 2000 sebagai pewaris ayahnya, Hafez al-Assad.

Keputusan untuk mengadakan pilihan raya dibuat walaupun terdapat konflik ketenteraan yang sedang berlangsung, kurangnya solusi politik yang terlihat, kegagalan perundingan antara pembangkang dan rejim, dan pemindahan lebih dari 10 juta rakyat Syria sama ada sebagai pelarian atau berpindah randah.

Lebih-lebih lagi, kira-kira 40 peratus negara tidak berada di bawah kawalan rejim.

Syria telah mengalami perang saudara sejak awal 2011, ketika rejim bertindak balas terhadap protes prodemokrasi dengan keganasan yang tidak dijangka.

Kira-kira setengah juta orang terbunuh, dan lebih daripada 12 juta terpaksa meninggalkan rumah mereka dalam satu dekad terakhir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button