Berita UtamaDunia

Syarikat penerbangan asing bakal teruskan perkhidmatan ke Tel Aviv

Lufthansa, Austrian Airlines dan SWISS berhasrat teruskan penerbangan esok

TEL AVIV, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Syarikat penerbangan asing membuat persiapan untuk meneruskan perkhidmatan ke Tel Aviv beberapa jam setelah negara haram Israel dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mencapai gencatan senjata ekoran keganasan terburuk dalam beberapa tahun.

Sebelumnya, Delta Airlines mengatakan ia menangguhkan penerbangan ke Tel Aviv pada 12 Mei, tetapi kini mahu kembali meneruskannya.

“Delta merancang untuk meneruskan perkhidmatan dari New York-JFK ke Tel Aviv malam ini.

“Kami terus memantau situasi keamanan dan akan membuat penyesuaian terhadap jadual penerbangan kami jika perlu,” kata seorang jurucakap, semalam.

Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, Austrian Airlines dan SWISS berhasrat untuk meneruskan penerbangan ke Tel Aviv pada hari Ahad, kata Lufthansa.

Lufthansa pada 13 Mei mengatakan bahawa pihaknya menangguhkan semua penerbangan ke Tel Aviv.

Virgin Atlantic mengatakan secara berasingan pada hari Jumaat bahawa pihaknya akan meneruskan penerbangan dari Britain ke Israel pada hari Isnin, tetapi juga mengatakan bahawa ia akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa.

Pelancongan adalah sumber pendapatan yang signifikan bagi negara haram Israel dan Pihak Berkuasa Palestin yang berdekatan walaupun Israel mengawal masuk ke kawasan Palestin dan Tebing Barat yang dijajah.

Pengeboman Israel terhadap Gaza dan serangan roket ke bandar-bandar Israel terhenti setelah 11 hari di bawah perjanjian yang dibuat atas inisiatif Mesir.

Ketika peperangan terakhir antara Israel dan Hamas, perang pada tahun 2014 yang berlangsung selama tujuh minggu, bank pusat Israel menganggarkan ekonomi negara itu kerugian 3.5 juta shekel, ditambah jumlah kerugian yang hampir sama pada sektor pelancongan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button