
LONDON, 11 Syawal 1442H, Ahad – Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin melakukan perarakan di London dan bandar-bandar Britain bagi membantah serangan negara haram Israel di Semenanjung Gaza.
Ketika bantahan, penunjuk perasaan menggesa melakukan sekatan ke atas Israel.
Terdapat antara mereka yang mengenakan pakaian menggunakan bendera Palestin serta memancarkan cahaya berwarna hijau dan merah tanda sokongan ke atas negara itu.
Malah, ada yang membawa sepanduk bertulis: “Bebas Palestin”, “Berhenti Mengebom Gaza” dan “Sekat Israel”.
Gencatan senjata antara Israel dan Palestin yang dikelola oleh Mesir mengakhiri peperangan selama 11 hari.
Ia sangat signifikan kepada penduduk Palestin kerana negara pengganas Israel telah mengaku kalah kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
Gencatan senjata tanpa syarat itu juga menamatkan peperangan yang disifatkan sebagai paling dahsyat pernah berlaku di Gaza sejak tahun 2014.
Bagaimanapun, kurang daripada tempoh 24 jam gencatan senjata itu berkuat kuasa, rejim pengganas Israel bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.
Bahkan, mereka turut naik ke bumbung Masjid al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berhampiran. -Agensi