Berita Utama

Masjid Imam Shafie di Gaza selamat dari dibom Zionis

Pernah musnah pada 2014, dibina semula oleh Aman Palestin pada 2019

BANGI, 11 Syawal 1442H, Ahad –Yayasan Ikhlas menzahirkan kesyukuran apabila sumbangan rakyat Malaysia berjaya membina semula Masjid Imam Shafie di Gaza.

Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, masjid itu sebelum ini pernah musnah akibat dibom rejim pengganas Israel pada tahun 2014.

Bagaimanapun, katanya, ia telah siap dibina oleh Aman Palestin pada 2019.

“Ini adalah hasil wakaf rakyat Malaysia dan selamat dari serangan bom rejim Zionis kali ini.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, serangan negara penjajah Israel ke wilayah Gaza di Palestin yang berlangsung selama 11 hari meragut nyawa sekurang-kurangnya 248 penduduk Palestin, termasuk 66 kanak-kanak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button