Dunia

Hampir 300 peluru tak meletup milik Zionis dineutralkan di Gaza

Polis Gaza kekal berkhidmat kepada rakyat walau ibu pejabat musnah dibom

GAZA, 12 Syawal 1442H, Isnin – Polis Gaza meneutralkan hampir 300 peluru dan peluru berpandu tidak meletup yang ditembak oleh negara pengganas Israel ketika serangan ke atas wilayah terkepung itu. 

Ketua polis, Mahmoud Salah berkata, pasukan pelupusan bom masih berusaha untuk meneutralkan senjata lain yang tidak meletup walaupun kemampuan teknikalnya terbatas. 

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat polis yang musnah akibat serangan udara rejim Israel. 

“Penjajahan Israel berusaha untuk mengelirukan kami dengan mengebom ibu pejabat polis, tetapi pihak kita tidak teragak-agak untuk mengambil bahagian dalam menghadapi penjajah itu.

“Penjajahan itu gagal menganggu ketidakstabilan keselamatan dan mengancam aspek dalaman kita, dan pegawai polis kekal teguh dengan tugas mereka berkhidmat kepada masyarakat,” katanya. 

Salah berkata, pihaknya akan terus berkhidmat dan melindungi rakyat Gaza walaupun serangan Israel telah menghancurkan ibu pejabat polis.

Sekurang-kurangnya 248 rakyat Palestin terbunuh termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita, serta 1,948 yang lain cedera dalam serangan di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. 

Pihak berkuasa kesihatan di Tebing Barat secara berasingan mengesahkan 31 terbunuh sejak bulan lalu, menjadikan keseluruhan korban di Palestin adalah 279 orang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button