Berita Utama

KSM terima 9 aduan majikan tak benar bekerja dari rumah

Kategori baharu dibuka di aplikasi ‘Working for Workers’

PUTRAJAYA, 12 Syawal 1442H, Isnin –  Sembilan aduan berhubung majikan tidak membenarkan pekerja untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) diterima setakat hari ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Katanya, aduan itu diterima susulan penambahbaikan aplikasi Working for Workers (WFW).

Aplikasi itu memperkenalkan satu kategori baharu mulai semalam, iaitu ‘Majikan tidak benarkan BDR’.

“Kementerian menerusi jabatan-jabatan berkaitan di bawah akan menjalankan siasatan di bawah akta-akta yang berkaitan.

“Maklumat siasatan itu akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu.

“Siasatan akan dibuat sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, kategori baharu itu dilancarkan susulan pengumuman kerajaan yang menetapkan 40 peratus pekerja sektor swasta dikehendaki bekerja dari rumah berkuat kuasa esok bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Langkah untuk mewujudkan kategori baharu ini secara dalam talian adalah inisiatif KSM untuk mengurangkan pergerakan dan kehadiran secara fizikal pekerja yang ingin membuat aduan di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja.

“Mana-mana pekerja yang dipaksa oleh majikan untuk hadir ke pejabat dan bercanggah dengan sekatan tambahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diminta membuat aduan melalui aplikasi WFW ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button