Dunia

Negara haram tangkap 23 rakyat Palestin di Tebing Barat

2 tahanan mogok lapar 19 hari berturut-turut protes terhadap penahanan pentadbiran

RAMALLAH, 12 Syawal 1442H, Isnin – Pasukan tentera Israel menangkap 23 penduduk Palestin dalam satu serbuan yang dibuat pada malam Ahad di Tebing Barat yang diduduki, kata Persatuan Tahanan Palestin. 

Bagaimanapun, tiada perincian diberikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan mengenai sebab tangkapan itu. 

Malah, tiada respon juga dikeluarkan pihak rejim Zionis mengenai laporan itu. 

Menurut persatuan terbabit, lebih 1,800 rakyat Palestin ditangkap oleh tentera Israel di Tebing Barat dan beberapa bandar lain sejak pertengahan April.

Difahamkan, dua tahanan Palestin masih mengadakan mogok lapar untuk 19 hari berturut-turut sebagai protes terhadap keadaan penjara dan penahanan pentadbiran mereka.

Pihak berkuasa Israel bertindak zalim menangkap rakyat Palestin tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.   

Setakat ini, kira-kira 4,400 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel termasuk 39 wanita dan 115 kanak-kanak serta 350 tahanan pentadbiran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button