Berita UtamaDunia

Yahudi serbu al-Aqsa konon nak bukti rejim Israel tak kalah

Penceroboh dapat perlindungan rejim Israel yang ketat

BAITULMAQDIS, 12 Syawal 1442H, Isnin – Tindakan polis pengganas membenarkan penceroboh haram Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa, sebenarnya cubaan untuk membuktikan kononnya Israel tidak dikalah di Gaza.

Bekas Mufti Besar Baitulmaqdis dan Palestin, Sheikh Dr Ekrima Sabri berkata, serbuan penceroboh Yahudi dilakukan di bawah perlindungan tentera dan polis Israel yang ketat.

Beliau menegaskan, serbuan ini dibenarkan oleh pihak berkuasa pendudukan untuk membuktikan mereka tidak kalah dengan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Sheikh Dr Ekrima turut menyalahkan pihak penjajah Israel untuk kemungkinan peningkatan ketegangan yang mungkin timbul akibat serangan ini.

“Serangan berterusan Israel di Masjid Al-Aqsa antara rancangan untuk penguasaan ke atas tapak suci ini,” yang merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button