Berita Utama

65 mangsa cedera nahas LRT masih dirawat di HKL

KUALA LUMPUR, 13 Syawal 1442H, Selasa – Seramai 65 penumpang cedera dalam kejadian pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi, masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa membabitkan 29 lelaki dan 36 wanita.

“Itu adalah perkembangan terkini jumlah mangsa yang masih menerima rawatan di HKL,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malam tadi, sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah dalam perlanggaran dua tren LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya di sini.

Kedua-dua tren dilaporkan bertembung kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button