Berita UtamaDunia

Bangladesh buang ‘kecuali Israel’ di pasport

Tetap sokong Palestin, larangan ke negara haram Israel kekal

DHAKA, 13 Syawal 1442H, Selasa – Pasport Bangladesh tidak akan lagi tertera dengan tulisan “sah di semua negara kecuali Israel”.

Menteri Luar Negeri Bangladesh AK Abdul Momen berkata, pembatalan itu telah dilakukan enam bulan lalu bagi memudahkan pentadbiran negara berkenaan.

“Langkah ini tidak akan mempengaruhi pendirian kami kerana kami penyokong kuat Palestin,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Bangladesh menggesa orang ramai untuk tidak khuathir akan kenyataan pegawai Israel di laman Twitter.

Kementerian itu berkata, pembatalan itu dilakukan bagi menjaga standard antarabangsa e-pasport Bangladesh.

“Larangan perjalanan pemegang pasport Bangladesh ke Israel tetap tidak berubah. Pemerintah Bangladesh tidak menyimpang dari pendiriannya terhadap Israel dan keputusan itu tetap,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Israel untuk Asia dan Pasifik, Gilad Cohen berkata: “Berita hebat! #Bangladesh telah membuang larangan perjalanan ke Israel.

“Ini adalah langkah selamat dan saya menyeru pemerintah Bangladesh untuk maju dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan #Israel agar kedua-dua masyarakat memperoleh keuntungan dan kesejahteraan.

Sejak 1971, Bangladesh yang dikomposisi oleh majoriti umat Islam menegaskan pendiriannya untuk menyokong Palestin serta menentang penindasan negara haram Israel di wilayah yang diduduki. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button