Berita UtamaDunia

Kejam! Unit khas pengganas Israel tembak mati lelaki Palestin

Penduduk kem pelarian al-Amari ditembak berkali-kali dari jarak dekat

RAMALLAH, 13 Syawal 1442H, Selasa – Seorang lelaki warga Palestin ditembak mati oleh unit khas pengganas Israel berhampiran bandar Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki, beberapa jam sebelum Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tiba di negara itu untuk rundingan.

Menurut agensi berita rasmi Wafa, sebuah unit khas Israel yang menyamar menembak Ahmed Jamil Fahd – seorang penduduk kem pelarian al-Amari – dan membiarkannya mati sebelum ambulans tiba.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Fahd ditembak berkali-kali dari jarak dekat.

Seorang pegawai keselamatan Israel memberitahu AFP bahawa seorang warga Palestin terbunuh ketika ‘cubaan penangkapan’ berhampiran Ramallah.

Bagaimanapun, seorang pegawai dari gerakan Fatah di kem pelarian al-Amari memberitahu media tempatan Palestin bahawa Fahd tidak dikehendaki oleh orang Israel.

Amin Abu Radaha berkata, Fahd – bekas tahanan di penjara Israel – berada di kejiranan Umm al-Sharayit bersama rakan-rakannya dan meninggalkan kereta selama 20 minit untuk membeli manisan knafeh.

“Sekembalinya dia ke kereta, pasukan Israel yang menyamar menembaknya dan membiarkannya hingga dia mati syahid,” katanya.

Unit penyamar terdiri daripada warga Israel yang menyamar sebagai rakyat Palestin dan sering melakukan serbuan untuk menangkap atau membunuh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button